Saturday, December 26, 2009

damai di teratak 'pink colour'


Rumah yang tersergam indah cukup mendamaikan dan mengamit suruh balik sokmor. Dah lagi uncle man dia balik kerja basuh kete pulak.dok letih k.



lepak diluar rumah kat kampung dengan suasana yang damai, hening, sedap mata memandang,pendek kata best gilerlah bila balik kampung gok.Budak-budak ni memang nak turun bawah sokmor wak gana starang rumah kat PD tinggi sangat payoh nak jejak tanah.



2 sejoli,belum ada apa-apa dah pandai suap menyuap pulak.hish..budak-budak sekarang.mea sedang menyuap snek kat irfan ni.

Friday, December 25, 2009

terperangkap.....



Niat awalnya nak duduk kejap je....petang jumaat tu nak keliklah laloh balik tapi kak tie pulak mintak tunggu pasai abang fadil nak wie makan orang ari sabtu sembelih lembu sekor. So tunggulah tapi hujan dah mula turun dah....2 ari dok berenti tiba-tiba malam tu ramai orang datang rumah mama nak parking kete dan motor, air dah naik....jalan dah tak boleh lalu dah. Glah jengah ari ahad tu memang betul. Rumah tok meh pun dokleh g, air naik tinggi...kena dengan perahu mujur rumah mama ni tinggi jgk.Danlah irfan, aisyah dan mimi main air kejap.Ummi dia dah jadi jaga jaga pintu rumah......



dok main air takboh naik tu....

meyeludup ke Thailand......


sambil melepak kat rantau panjang, dah puas ronda pekan dia tiap-tiap petang so pada petang jumaat kak moh dan kak za ajok g munduk.tempat napa tu dok tau, tiba-tiba berenti kat tepi sungai ajak naik bot starang utk seberang sungai.Rupa-rupanya sebelah sana berlangsung ari nat iaitu pasar minggu.murah sungguh.Dok caya marilah jalan...



Nilah dia kak moh dan kak za yang sedang posing setelah membeli kuali dan barang-barang yang boleh dikatakan murah berbanding rantau panjang....Yelah beza jgklah harga dia. Yedah besa.



Irfan dan abahnya kontrol maco.....bimbang jgk jadi pendatang tanpa izin ni, kan jadi apa-apa...hissh....mintak jauh.....



su mah dia ngikut sekali g derap.sempat posing atas bot....mujur dok bwk duit banyak kalu dok gok dok taulah....tapi tak pa dah tau tmpt ni senanglah.....gi pulak kalu ada peluang.......

roti.....roti.....roti....


cuti -cuti malaysia betullah rasanya.Dok berjalan- jalan je.kejap kat ganu kejap kat laloh.last2 gi lepak pulak kat rantau panjang sambil belajo ROTI.bolehlah pada dok pandai langsung di bawah kelolaan kak za maju enterprise.


Ni tengah buat frozen.Kedai kecik je tapi satu hari buat roti boleh sapa 6&7 beg guni gandum .Permintaan tinggi.Tu kampung kalu bandar ranalah...Macam-macam ada.lembiklah, batalah,tahi itiklah, mexico dll.

Sunday, November 22, 2009

Cuti Sekolah

ari ni bermula la cuti sekolah sapa 5 januari lagi. lama tuh sebulan lebih.. 26/11 baru balik kampung di ganun sambut raya aji denun. nok raya di kelate tk dok ore suma gi haji balik pulak 2/1/2010. lama jugak tuh abah dgn mama g haji.minggu pertama cuti ni dok wat gapo-gapo dok umah kelih tibi, tido dan make...rasa cam ore bodoh pun ada...mace ni kot bila pencen nati he he.

Saturday, November 14, 2009

musim ujan weii

Hujan dah mula dah.Kat seremban ni slow2 je tapi kat kapung dah mula air naik.Ari tu balik kampung jap pasai mama nak buat kendhuri sikit sempena g aji.Awal-awal tu programnya ke rantau panjang tapi last mnt call buat kat krai je pasai dah banjir. Tok mek pun dah kena pindah.Air naik mencecah lantai rumah dan jalan menghubungkan rantau panjang pun tutup so nak tak nak buat kat sana.

Ambil cuti jugak 1 hari. Biasalah bila sapa kg malas rasa nak balik semula.Abah pun turun malam selasa so transit kejap ka kelana jaya and pkl 1.00 pagi flightlah ke Mekah baitillah.Syoknya....

Sapa je kat PD, terima beria masih tak dpt pindah. Aduss....tensionnya....bilalah agak2 nya dapat ni. Boring dah dok sini Dah 8 tahun dah.....Apa-apa pun cuti sekolah dah hampir ada seminggu je lagi.Balik kampung....oooo...balik kampung.Raya haji and tengoklah macama mana

Sunday, November 1, 2009

Lelaki Melayu Terakhir


Tengok laa anak laki sorang ni..bergaya dengan baju melayunyer....handsome tak



Agak-agak mesti ramai gewe ni nanti yer...

Saturday, October 31, 2009

Denggi oh Denggi

Bermula pada hari khamis 22hb oktober badan mula terasa sakit-sakit. seluruh badan sengal-sengal dan amat terasa sekali dipinggang. Tengahahari badan mula terasa panas. seksa jugak demam sakit urat ni. ingatkan demam cam bese. beselah dah tua-tua gini kalau demam mesti sakit urat. hari ahad demam dan kebah tapi badan masih terasa sejuk. Hari isni badan mula dinaiki campak he he. dah tua-tua baru nak kena campak. g klinik dah disuruh g hospital. maka pegilah hospital untuk ambik darah. pada hari isnin tersebut bacaan platlet darah daripada normal turun ke 146. so ari selasa pegi ambik darah lagi di klinik port dickson dan platlet turun lagi ke 130. jadi klinik kategorikan suspek denggi. hari rabu pegi ambik darah lagi dan bacaan turun lagi ke 120. doktor suruh masukkan air ke dalam badan. jadi masuklah air, sakit ooo rasa bila jarum masuk ke dalam tangan ni. nasib baik satu pek jer.. tengahari tu g beli ketam buat sup...orang cakap boleh naikkan platlet darah. jadi petang ni makanlah sup ketam dengan keram rebus...seksanya nak perabis...tak sedap laah. jadi hari kamis penentu segala-segalanya kalau turun lagi memang kena masuk wad...sib baik dah naik ke normal 152. tapi kena ambik darah lagi hari jumaat untuk chek sekali lagi. so hari jumaat pegi ambik darah sekali lagi dan alhmamdulillah result dah dapat dan berjaya naikkan ke 187. dah bebas dari denggi he he. dapat lah cuti seminggu...

Wednesday, September 2, 2009

Ramadhan Bulan Perjuangan

Ibadat puasa melatih diri kita untuk membentuk diri. Pada bulan yang mulia ini kita boleh mengambil pengajaran daripada peristiwa kemenangan yang dikurniakan oleh Allah kepada orang Islam terdahulu di bulan Ramadhan seperti dalam peperangan Badar, ketika pembukaan Makkah, kemenangan di ‘Ain Jalut mengalahkan bangsa Tartar yang ganas dan lain-lain.

Perang Badar berlaku pada 17 Ramadhan hari Jumaat tahun kedua hijrah. Ketika umat Islam baru menerima kewajipan berpuasa. Apabila Rasulullah s.a.w. keluar bersama sahabatnya di dalam pasukan yang kecil berjumlah seramai 313 orang dengan sedikit kelengkapan dan persediaan, tiba-tiba mereka terserempak dengan bala tentera musyrikin Makkah yang berjumlah seramai 1000 orang.

Kaum musyrikin yang lengkap bersenjata keluar dengan semangat yang berkobar-kobar adalah berasala daripada satu bangsa, satu negeri, daripada dua tanah suci orang Islam tetapi mempunyai matlamat yang berbeza. Satu bangsa tetapi berbeza akidah, perjuangan dan matlamat hidup. Satu puak orang –orang Islam dan satu puak lagi orang-orang kafir.

Sebelum peperangan Badar bermula, Rasulullah s.a.w. telah bermunajat dan mengadu kepada Allah SWT dengan hati yang khusyuk:

اللَّهُمَّ! إنْ تُهْلِكْ هَذِهِ الْعِصَابَةُ مِنْ أَهْلِ الإِسْلاَمِ لاَ تُعْبَدْ فِي الأَرْضِ

Ertinya :
“ Wahai Tuhanku! jika sekiranya pasukan kecil ini kalah nescaya engkau tidak lagi disembah.” (Muslim).

Rasulullah tidak menyebut: kalau kami kalah maka anak isteri kami akan menjadi tawanan, kami akan dibunuh, harta kami akan dirampas dan tanah air kami akan dijajah.

Berbeza pula dengan Abu Jahal yang memimpin tentera musyrikin dari Makkah yang berdoa:

اللهم أينا كان أقطع للرحم، وأتانا بما لا نعرف فاحنه الغداة

Ertinya:
“Wahai Tuhanku! Inilah dia orang yang memutuskan silaturahim (memecah belah anak beranak) dan membawa ajaran sesat, maka binasakanlah dia di pagi ini.” (al-Hakim)

Abu Jahal mempertahankan kesesatan dengan berlindung di sebalik silaturahim dan menuduh Nabi Muhammad dan orang-orang yang beriman itu sesat. Dia lupa kepada permasalahan utama dalam kehidupan manusia iaitu mentauhidkan Allah, mengabdikan diri kepada Allah, di samping menolak syirik kepada-Nnya, dan cara hidup yang lain daripada yang diajar oleh Allah SWT .

Lihatlah keyakinan tentera Islam bersama Nabi. Apabila Rasul memberi pilihan kepada mereka sama ada balik ke Makkah atau menghadapi musuh yang lebih besar ini, tiba-tiba seorang daripada mereka bernamaal-Miqdad ibn al-Aswad menjawab dengan penuh kesedaran:

يا رسول الله لا نقول كما قالت بنو إسرائيل لموسى اذهب أنت وربك فقاتلا إنا ههنا قاعدون ولكنا نقول اذهب أنت وربك فقاتلا انا معكما من المقاتلين

“Wahai Rasulullah! Kami tidak akan berkata kepadamu sebagaimana kaum Bani Israel yang berkata kepada Nabi Musa: Pergilah kamu bersama Tuhan kamu berperang, kami mahu duduk di sini sahaja. Tetapi kami berkata kepadamu : Wahai Rasulullah! Pergilah berjuang wahai Rasulullah bersama Tuhanmu! Kami juga bersama dengan Allah dan Rasul pergi berperang”.

Itulah ucapan umat Muhammad yang berbeza dengan umat yang lain. Kaum bani Israel pernah dikurniakan nabi-nabi yang mempunyai mukjizat luar biasa seperti tongkat menjadi ular dan terbelah laut merah menjadi lorong-lorong yang dilalui oleh Bani Israel dan Firaun ditinggalkan di hadapan mata mereka. Tetapi apabila Allah menguji mereka supaya berjihad mengikut Nabi Musa masuk ke Palestin bagi membebaskan Palestin daripada kaum jabarin, tiba-tiba Bani Israel menolak dan Allah menyesatkan mereka di padang pasir Sinai selama 40 tahun.

Mereka hanya patuh kepada Nabi Musa apabila melihat mukjizat di depan mata kasar mereka. Janji kemenangan secara mulut oleh Nabi Musa tidak mereka yakini.

Adapun umat Muhammad seperti tentera Islam di dalam peperangan Badar, mereka hanya membaca mukjizat Al-Quran al-Karim yang diturunkan di bulan Ramadhan. Firman Allah yang bermaksud:

“ Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan Yang amat betul (ugama Islam).” (Surah al-Isra’, ayat 9).

Mereka beriman dengan kitab yang dibaca daripada Allah dan yakin kepada Nabi Muhammad yang menjadi pemandu dan petunjuk jalan. Akhirnya mereka dikurniakan kemenangan yang diabadikan di dalam Al-quran al- karim. Firman Allah SWT yang bermaksud:

Dan Sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam peperangan Badar, sedang kamu berkeadaan lemah (kerana kamu sedikit bilangannya dan kekurangan alat perang). Oleh itu bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu bersyukur (akan kemenangan itu).” (Surah Ali Imran, ayat 123).

Adapun peristiwa pembukaan Makkah yang berlaku juga di dalam bulan Ramadhan , Rasulullah mengarahkan bala tentera menawan Makkah yang dipimpin oleh Abu Sufyan yang juga mertua Baginda dan dari kalangan kaum kerabat Rasulullah sendiri.

Abu Sufyan telah membatalkan perjanjian Hudaibiah. Peristiwa ini membuka ruang bagi orang-orang yang beriman untuk menawan Makkah. Maka berlaku penawanan Makakh tanpa pertempuran, apabila penduduk Makakh menyerah diri kepada Allah dan Rasul-Nya dan menjadi orang-orang yang beriman secara beramai-ramai. Firman-Nya yang bermaksud:

“ Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Makkah). Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai. Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia amat menerima taubat.” (Surah al-Nasr, ayat 1 – 3).

Ingatlah makna “fatah” Mekah yang berlaku di bulan Ramadhan . Adapun peristiwa Ain Jalut apabila tentera Tartar yang keluar dari Asia Tengah mara dengan bala tentera yang gagah berani dan ganas sehingga mereka menawan Baghdad yang menjadi pusat kerajaan Abbasiyah dan pusat pemerintahan Islam. Dikatakan mereka membunuh 4 juta manusia. Baghdad menjadi kolam darah. Kitab-kitab yang dikarang oleh ulama dibakar hangus dan dijadikan jambatan untuk menyeberangi Sungai Furat dan Dijlah, tetapi Allah memelihara ilmu Islam.

Golongan Tartar telah memaksa umat Islam dengan merangka perlembagaan yang bernama Yasak yang diambil daripada fahaman Islam, Yahudi dan Kristian serta akal fikiran sendiri. Islam diambil untuk menipu umat Islam pada masa itu. Umat Islam dipaksa menerima ajaran Yasak itu. Kalau ingkar akan dibunuh. Tentera Tatar mara ke hadapan untuk menakluk Shams dan Mesir. Apabila mereka sampai ke Palestin di tempat yang dikenali dengan Ain Jalut, bala tentera Islam telah mendapat satu keramat. Dengan slogan ‘wa islamah’ (wahai Islam tersayang. Ayuh selamatkan Islam). Dengan slogan ini mereka bangkit menentang kaum Tatar yang dikatakan pada masa itu mustahil dapat dikalahkan. Dengan semangat Islam, Allah mengurniakan pertolongan kepada umat Islam di Ain Jalut pada bulan Ramadhan Al-Mubarak.

Marilah kita mengambil semangat Ramadhan ini dengan menyedari bahawa umat Islam pada hari ini sedang dijajah dan ada tanah air mereka yang belum dibebaskan sehingga kini. Umat Islam hari ini dizalimi dan dibunuh di mana-mana sahaja seperti di Iraq, Thailand, Filipina, Palestin, Chechenya, dan sebagainya. Di dalam masa yang sama, pemikiran umat Islam turut dijajah oleh undang-undang perlembagaan yang sama seperti Yasak.

Sesungguhnya kita tidak mendapat kemuliaan sekiranya kita tidak menjulang tinggi Islam, sebagaimana yang diucapkan oleh Saidina Umar r.a :

نحن قوم أعزنا الله بالإسلام، ومهما ابتغينا العز بغير الإسلام، أذلنا الله

Kita adalah satu kaum yang dimuliakan oleh Allah SWT dengan Islam. Sekiranya kita mencari kemuliaan selain daripada kemuliaan Islam, pasti Allah SWT akan menghina kita.

Hari umat ini umat Islam mencari kemuliaan dengan wang, kemewahan, harta benda dan pangkat. Tetapi mereka tidak menggunakan nikmat itu untuk meninggikan agama Allah. Mereka menjadikan kebendaan itu sebagai matlamat hidup mereka. Oleh sebab itu mereka menjadi hina dan mendapat kehinaan daripada Allah SWT.

Monday, August 31, 2009

IBADAT PUASA MEMBENTUK INSAN BERTAQWA

Ibadat Puasa Membentuk Insa Bertaqwa


Terdapat pelbagai hikmah yang boleh diperoleh melalui ibadat puasa. Di antaranya ialah, ia dapat melahirkan sifat bertakwa dalam hati orang yang berpuasa. Ia merupakan satu sifat yang lahir dalam hati naluri dan dengannya manusia akan menjadi takut dan menurut segala perintah yang diamanahkan serta menjauhi apa yang di larang oleh-Nya.

Firman Allah taala yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.” (Surah al-Baqarah, ayat 183).

Ia juga merupakan satu ukuran Allah S.W.T untuk menilai perilaku manusia tanpa membezakan warna kulit, pangkat, darjat dan taraf makhluk tersebut di atas muka bumi ini. Terdapat juga perkara yang dilarang oleh Allah S.W.T ketika berpuasa. Ia adalah bertujuan melahirkan dan menjana generasi yang unggul dalam pembentukan saksyiah diri yang terpelihara daripada pelbagai godaan nafsu zahir dan batin.

Firman Allah taala yang bermaksud: “Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya).” (Surah al-Hujurat, ayat 13).

Firman Allah taala yang bermaksud: “(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.” (Surah al-Baqarah, ayat 185).

Perkara yang paling penting di dalam bulan puasa ini ialah sejarah penurunan al-Quran yang menjadi petunjuk sepanjang zaman.

Firman Allah taala yang bermaksud: “ Alif, Laam, Miim. Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa.”(Surah al-Baqarah, ayat 1-2).

Jangan hanya kita tahu berpuasa secara menahan lapar dan dahaga sahaja tanpa ada rasa pentarbiyahan daripada Allah S.W.T yang kita rasa dan menjadikan al-Quran hanya hiasan semata-mata tanpa mengambil apa yang terkandung dan yang tersirat melalui penurunannya.

Firman Allah taala yang bermaksud: “Wahai manusia sesungguhnya kami telah mencipta kamu daripda lelaki dan perempuan, dan kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak untuk saling kenal mengenali antara satu dengan yang lain.Sesungguhnya yang paling mulia dikalangan kamu disisi Allah ialah yang paling bertakwa kepada Allah.Sesungguhnya Allah maha mengetahui lagi maha mendalam pengetahuannya.”(Surah al-Hujurat, ayat 13).

Firman Allah taala yang bermaksud: “Allah berjanji kapada orang beriman dan beramal soleh dikalangan kamu, bahawa Dia (Allah) akan menjadikan mereka itu orang-orang yang memerintah bumi, sebagaimana Allah telah mengurniakan kepada umat yang terdahulu. Allah akan menjadikan agama yang Dia redha berkuasa memerintah, Allah menukarkan daripada ketakutan daripada keamanan. Mereka mengabdi kepada Ku (Allah) dan mereka tidak menyekutukan Ku (Allah) dengan sesuatu. Dan sesiapa yang kufur selepas itu mereka itulah orang-orang yang fasik.”(Surah al-Nur, ayat 55)

Saturday, August 15, 2009

Melaka Bandaraya Bersejarah

minggu lepas kitaorang pegi A Famosa Waterworld Melaka...best jugak bawa budak-budak ni main air kolam...bertolak kul 10 pagi dan sampai kul 11.30 pagi...sampai jer mula-mula hentam nasi dulu sebab masing-masing dah lapor...

cantik tak gambar keta kebal ni..nak bawa yang betul-betul rasanya tak dok lesen lagi..ambik gambar je laa

Aisyah bawa keta F1 ni tapi minyak tak ada pulak tu yang sangkut kat tepi jalan tu..nasib baik sempat berhenti tepi jalan kalau tengah jalan kan kena langgar dek keta kebal tadi

Mimi sempat memotong aisyah di tepi jalan...rasanya mungkin akan jadi juara tertutup kan..

tinggal dua orang ni jer yang lain dah duk dalam keta kebal tu..

penat jalan-jalan kat sekitar a FAmosa ..rest kejap ambik udara segar


eeeeii sejuk laa ambik air kolam ni..best tul bila abah nak bawa lagi kitaorang


sempat lagi bergambar dipintu masuk A Famosa..kalau nak g tiket dia untuk dewasa RM30 lebih dan budak-budak RM20 lebih..tapi ni g sebab dapat sponsor he he..jangan mara

Wednesday, August 5, 2009

Satu hari di Kampung

Sekarang ni musim durian kat kampung...kat mana-mana mesti jumpa buah durian...masa ni durian memang murah giler...nak makan marilah kutip sendiri he he




Percutian di Cameron Highland

Cuti-cuti ni dh lama...saje je nak masukkan dalam blog buat tatapan he he..



Wednesday, July 15, 2009

Pilihanraya Kecil DUN Manik Urai

Lihatlah suasana pilihanraya kecil dun manik urai. ini adalah suasana di kg laloh..bermacam-macam gelagat boleh dilihat...














Sunday, July 12, 2009

Agak-agak sapa ni

Ni markas pas di kampung laloh. Dahului markas ini adalah pondok polis.sekarang dah jadi markas pas..

Polisku

Ini adalah markas polis di Kampung Laloh. Seramai 2500 org anggota keselamatan berada di dalam khemah yang disediakan siap dengan aircondition lagi. Bagus jgk ramai2 polis ni selamat laa kampung daripada jenayah....nasib baik laa makanan kat sini murah lagi..kalu tk tk sanggup laa nak beli nasi kerabu dengan berlauk...apa2 pun tengoklah markas polis ini....