Tuesday, June 16, 2009

sekolah bermula.....

Hari ni dah ari kedua sekolah... Liat nak start mula2 ni. kalut balik.Apatah lagi si irfan ni masih demam. Terpaksalah tinggalkan jugak dengan kak rose.Masa nak tinggal irfan macam tak kenal mak dia,melalak kuat sungguh tak nak pergi.nak buat guaner tanggungawab punya pasal.Tinggallah jugak.

Kertas exam yang dok dan tanda waktu cuti tu,wak balik saja kena semaklah semula.

Yang tak sedapnya nak mula sekolah macam2 pulak berlaku irfan accident ari sabtu. Pahtu atuknya pula accident ari ahad.TAk pasal-pasal member syok joging kete langgar dia tepi jalan.Pengsan jugak tapi nasiblah takdok apa hanya luka-luka di badan. Walau apapun mama bawak abah g gurut bila abah mengadu sakit seluruh badan.kesian abah....dah beberapa kali kena langar.

Mah pulak g interview keje kat Ambank di seremban.Dapat tu dapat tapi yang tak sedapnya dia punya gaji bergantung pada customer yang dia dapat. Takpalah cuba dulu cari pengalaman.pada dok saja.sian jugak dia.

Sunday, June 14, 2009

Sebelum dan sesudah

Sekarang ni kejo cuci luka Irfan dan bubuh ubat Irfan. Irfan ni aktif sikit susah sangat nak balut luka dia. Bila pegang marah lepas tu nangis..sian lak ..nak buat camana dah nasib badan...



Saturday, June 13, 2009

Irfan kena jahit

Kesian...dah laa kena jahit kat kepala keno kerja dengan mek si dengan doktor..siap kena bedong laa badan...doktor bagi ubat tido bukannya tido makin aktif lagi laa..kenalah tiga jahitan di dahi tu...


Luka Irfan




Nah inilah dia luka di dahi irfan yg terkena buaian. Dalam luka dia. jap lagi kul 3 nak g klinik kena jahir..kesiannya

jadual waktu cuti..

wow....best giler sambut cuti.merdeka kejap rasa tak mengadap budak dan sekolah yang buat kadang2 tension.Nak balik awal tak jadi pasai ada tetamu datang rumah.Mama,abah, kak tie and the gengs. Takpalah Bawwak diorang ronda nilai dan k.l. Nak buat guaner apa yang sohor di sini selain pantai ialah pusat membeli belah.

Hari selasa baru bertolak balik tapi singgah jap kat cameron.Nak rasa buah stawberry segar..Irfan makan meleleh seme kat baju.Takpalah jarang-jarang sekali. Sampai laloh dah malam.makan2 dan tidor.

Hari jumaat petang tolak ke ganu makan gulai.Anak yode kawin. gi lah bila orang jemput.

accident

kemalangan yang tidak dijangka. Irfan nak tido.dok ralit ayun buai terlepas tali dan Buai menimpa irfan sehingga kepalanya berdarah. Kesian anak abah.Harap-harap takda apa yang berlaku dalam jangka masa panjang.